Bercerita tentang ‘AGRO’, ramai yang akan kaitan dengan pertanian semata. ‘Agro’ memberi pengaruh yang sangat-sangat besar kepada kehidupan dan alam atau manusia sejagat. Pengertian kepada ‘agro’ akan membuat kita mula merasai kepentingannya dan mengapa ianya perlu dipertahankan melebihi daripada industri-industri yang lainya. ‘Agro’ adalah asas kepada kehidupan atau manusia secara khususnya kerana kelestarian dan kemampanan kehidupan tidak dapat diteruskan tanpa ‘agro’.
Kita akan bermula dengan apa penterjemahan kepada ‘agro’ itu. Simbol utama kepada manusia adalah ‘agro’. Tanpanya kehidupan adalah mustahil. ‘Agro’ di dalam bahasa Latin diambil dari perkataan ‘ager’ yang memberi maksud tanah, kebun di dalam bahasa Melayu atau lahan di dalam bahasa Indonesia. Bahasa Inggerisnya adalah ‘land’, ‘field’ atau ‘soil’. Daripada kata dasar ‘ager’ ini terbitnya ‘agro’ dan ‘agri’. Terjemahan ini memberi pengertian yang besar kerana asas kepada kehidupan manusiawi adalah ‘tanah’. Kehidupan manusia perlu bermula di atas tanah kerana sebagai mamalia ‘homo-sapiens’ yang mempunyai paru-paru dan bukannya ingsang.
“ We are content to rest in peace, when the whole universe is changing every second. Take the opportunity because opportunities don’t come twice ”
Cameron Smith
Nah..! Sekarang fahamkan kita kenapa ‘agro’ itu perlu dipertahankan. Kalau hendak bercerita tentang ‘agro’ itu mungkin tiada pengakhirannya. Fakta yang diberikan di atas tadi hanya satu, dan kita sudah mungkin dapat kaitan dengan beribu-ribu keperluan dan kepentingnya. Kenapa Tanah Melayu seketika dahulu digelar ‘Semenanjung Emas’ oleh pedagang-pedagang dari serata pelusuk muka bumi adalah ‘agro’nya yang amat bernilai. Ini kerana, tiada tempat di Semenanjung Tanah Melayu yang tidak mampu menumbuhkan tumbuhan.

Laman ini akan cuba untuk mencuit golongan warga belia yang dilihat semakin meninggalkan kehidupan ‘agro’ ini. Cuitan ini hanya sebagai peringatan supaya apabila memperolehi limpahan kemampuan dan masa, kembalilah memajukan ‘agro’ yang semakin terbiar, tidak terurus dan kekeringan kerana ditinggalkan.
Semoga coretan ini dapat menerangkan kenapa ‘agro’ itu berkali-kali dipadankan kepada setiap produk dan perkhidmatan yang terdapat di laman ini. Nantikan sambungan kepada ‘agro’ ini pada coretan akan datang.








